Tuesday, 6 June 2023

Alhamdulillah, dpt Katering utk majlis solat hajat di Pasir Tumboh, Kelantan

Untuk sebarang tempahan boleh terus hubungi kami ye, 
Nak tanya sahaja pun boleh, 
Nak survey survey sahaja pun boleh, 
Nak terus booking pun boleh

Utk sebarang tempahan boleh whatsapp sahaja
017-6382832 & 012-9716488


Wednesday, 13 October 2021

Keajaiban solat sunat tahajud

MashaaAllah, Allahuakbar..

lately ni, zara perasan hdup zara banyak sangat masalah,

dbelenggu dengan perasaan tak tenang, sebab pkp mmg job katering makin kurang, hasil jualan pun makin lama makin sendu, saving makin lama makin menipis.

suami zara pulak, sejak pkp pun kerja mmg tak panggil. 

allahu, ujian demi ujian, sedih tak tahu nak luah kat siapa.

jenis zara, zara tak suka nak luah perasaan atau masalah kat umi ayah zara, sebab taknak diorang risau sampai tak tido malam ye,.. ayah zara jenis macam tu, kalau pk kan anak anak memang sampai tak tido malam lah orang tua tu.

tp bila dipikirkan balik, ada sesuatu yang zara rase zara kena cari, makna nye.. kembali pd fitrah, iaitu mencari yang hakiki Allah.yg Maha Besar.

zara dah xnk pk kan dunia sangat. sbb zara pernah baca satu article ni yang mana die cerita, jgn terlalu duniawi sangat bila kita hidup ni, hidup ni kene seimbang, tapi bila kita lebihkan untuk akhirat, maka yg dunia pula akan mengejar kita.

faham tak apa maksud dia tu.

maknanye, kite fokus dulu untuk mencari redha Allah, bykkan amalan amalan yg disuruh, tinggalkan yang dilarang, banyakkan yang sunat, perfectkan yg wajib. inshaaAllah, yg baik baik sahaja akan mendampingi kita bila di dunia,, inshaaAllah..

apa yg zara nak highlight kat sini, keajaiban bila kita amalkan solat sunat tahajud.. korang mesti pernah dengar kan, antara solat sunat yg paling power dan yg paling disuruh oleh nabi kita Nabi Muhammad SAW. 

sbb Firman Allah berkata;

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (QS Al Isra' 79)
zara sendiri dah merasa keajaiban nye bila dah amalkan solat sunat tahajud ni. jom sama sama kita tambah lagi 1 solat wajib kita iaitu solat tahajud selepas solat 5 waktu. setiap sepertiga malam, kita bangun dari tidur, jom kita menunaikan solat tahajud, mintalah apa shaja yang terbuku dalam hati, seikhlasnya.. inshaaAllah, Allah akan makbulkan.

ok meh,
zara ringkaskan apa lagi kelebihan solat tahajud ni


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
             dipetik dari : https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tahajjud/

Saturday, 4 September 2021

Shaklee Kids Hero Kiddo Gummies

 assalamualaikum,

news paling best kalau hq tiap kali keluarkan produk baru,
ok meh zara nk introduce kt korang produk baru Shaklee,
especially utk kids ye, utk anak anak kite ye,
produk ni belum di launch lagi tau,
baru nak kenal-kenal kan je baru ni

ok, perkenalkan jeng jeng jeng
Shaklee Kids,
Hero Kiddo Gummies
ia sejenis makanan tambahan untuk kanak kanak, tp mak ayah pun boleh makan tau,
ia kaya dgn anti-oksidan, perisa cherry semulajadi yg konfem anak anak korang akan minat.
juga dipenuhi dengan vitamin - C dan D, zinc , dan ada extract elderberry yg boleh menguatkan sisem immune kite.

nnt zara cerita lagi macam mane zara boleh terjebak jual Shaklee pulak..
hehe stay tune ye,
keep following me tau, syg korang..





Thursday, 29 July 2021

setelah sekian lama, kini kembali lagi, bersama ujian Covid-19 yg sgt sgt mencabar

 Ya allah..

Ya Rahman..

Ya Rahim...


Tahun lepas start bulan4.2020 xsilap zara bila negara Malaysia kite buat PKP, dan akhir nye bersambung smpai sekarang hari ini, 29.07.2021 PKP masih ditetapkan di Malaysia..

gara gara covid-19 yg semakin teruk, semakin mengganas, dan tiada petunjuk pun yg kes virus ini akan berakhir. Ramai yg telah meninggal dunia, org org yg kite sayang telah pergi meninggalkan kite.

satu negara sektor ekonomi yg kian terjejas, dan makin menurun, makin teruk. sehinggakan ramai sangat sangat yg diberhentikan kerja dan kehilangan sumber pendapatan sebab kan ekonomi yg sedang terjejas dan terkesan,. mane tak nye, semua sektor perlu tutup. Dek undang undang yg ditetapkan oleh kerajaan,. kite sebagai rakyat marhaen ikot sahaja lah.

malas lah nak cakap pasal politik kat sini..

zara just nk share kt korang, disebabkan sumber pendapatan zara daripada perniagaan kan, mmg sangat sangat terjejas pendapatan kami, bila je kerajaan umum restoran tidak dibenarkan beroperasi, kami peniaga ni mula lah macam cacin kepanasan.. tak lena tidur malam, duk pikir nak cari makan dengan apa lah esok esok ni.. rumah nak kene bayar, anak nak kene bagi makan, kereta nak kene bayar.. komitment berjalan macam biasa, tp sumber income xde..

Ya allah, ALLAH itu maha penyanyang.. maha adil..

start dr kedai kami tutup.

kami start mula aktif buat jualan online dan buat servis penghantaran ke rumah.. xdeny, mula mula mmg struggle, tp lame lame bila orang dah mula kenal kite dan suke dgn servis kite, alhamdulillah.. pendapatan zara kembali normal, wlaupun xsebagus seperti niaga secara fizikal di kedai.

Jom support bisnes online zara,

zara jual katering dan food delivery, ig zara @mauzafoodkb

zara jgk jual produk kesihatan dan kecantikan, ig zara @fatimazahra576


thanks korang, zara doakan sape sape yg baca blog zara yg xseberapa ni dimurahkan rezeki sentiasa oleh Allah, dan dipermudahkan segala urusan,. dan juga dilindungi dr penyakt virus maut ini Covid-19.


canva

Friday, 16 October 2020

vietnam roll version fatima zahra

17.10.2020
Alhamdulillah,
Semakin mendapat sambutan,
Rata rata semua bg positif feedback,
Kadang kadang kita takleh nak puaskan hati semua orang kan.. Benda ni general, and Allah dah buat semua org tu berbeza beza cita rasa.. Ada yg duka dan ada juga tak suka.. So, bila dalam bidang perniagaan makanan nii memang tu lah cabaran die.. Orang ni cakap sedap, orang tu cakap tak sedap.. Jangan putus asa.. Jangan kecewa, tapi jadikan itu sebagai pembakar semangat balik dan baiki apa yang patut..
.

Thursday, 9 July 2020

jom bersarapan pagi cara ore kelate

Assalamualaikum,
Time boring Time teringat kat blog la baru bukak blog kite 😣
.
Nak cite harini zara and suami and anak sekali pagi pagi lagi cari makan kat area Kota Bharu..
Alang alang sbb nak selesaikan urusan di bandar..
Perut pulak duk menyanyi nyanyi, nak tnjuk dah smpai mase nye kene isi perut..
.
Tgh sangkut dalam jem, nampak 1 kopitiam baru xbaru la jgk, sbb setahu zara pun dah byk kali lalu jalan situ mmg perasaan kopitiam tu, btol btol sebelah Maybank, so amek keputusan, sambil nak berhenti kat Maybank boleh makan makan jgk sebelah tu je kan...
.
Nah, zara  belanja apa yg kitorg makan td..
Rasa not bad tau,
Best Roti Titab tuu, Roti Steam pun best...

Tuesday, 16 June 2020

Katering Murah di Kota Bharu Hari Raya 2020

Kami dari Em Katering Kanopi,
Yg bertapak di Kota Bharu, kelantan
Menawarkan perkhidmatan katering dan sewaan kanopi, kerusi dan meja..
utk sebarang tempahan boleh terus WHATSAPP ye,
📲 017-9677684
📲 017-6382832
atau nak senang tekan je LINK untuk tempahan dan pertanyaan 😘

Monday, 18 May 2020

Aktiviti puasa yg ke 23

Mentang mentang nak raya kan,
Kereta pun nak kene bersiap jgk
😌😌😌
Jgn mahal mahal sgt ye awk,
Byk lg benda lain nak buat
Hehehe
.
Harini dah mtk servis kereta yg kali ke3,
Alhamdulillah,
Syg kereta ni sbnrnye, syg sgt, antara kereta impian, walaupun kereta biasa biasa je, tp zara dpt improve kan dr pakai kerera atos ke vw..
Hidup ni kite kene ada improvement, perbezaan drp yg dahulu.. Bekerja keras utk hidup yg lebih selesa, trutama sbb anak, utk Rayyan ku...
Ibu mane taknak bg yg terbaik utk anak die kan...
.
InshaaAllah, akan sentiasa buat yg terbaik dlm hidup ni sebelum mati, utk jadi Hamba Allah yg taat, jadi anak yg baik utk umi ayh aku, jd isteri yg solehah dan yg trbaik utk suamiku, jd ibu yg trbaik utk ank aku..
Oh, current idola, Ustaz Ebit Lew...
Die org bisnes, mcm mcm bisnes die buat,
Income die xpyh ckp... Trnganga nnt klu kau tahuu...
Derma shj die mampu bg juta juta....
InshaaAllah, satu hari nnt, aku akn jd mcm Ustaz Ebit Lew, seorg hamba yg boleh bg manfaat pd org lain.. Sbb tu aku suka berbisnes sbnrnye, nk duit byk, nk senang, so aku boleh jd hartawan yg dermawan..doakan aku ye... Aminnnnn 

Saturday, 16 May 2020

Lame pulak menyepi

17.05.2020
Assalamualaikum,
Setelah lama tak bersiaran kat sini,
Harini tetiba nak muncul balik,

Sibuk memanjang,
Dgn perniagaan yg tgh naik turun, tambah tambah dgn musim pkp skrg... 
Dgn keadaan semua perniagaan dan pergerakan terbatas, semua org dan jenis perniagaan xkira besar kecik semua trjejas.. Semua org pun susah nak cari makan skrg..
Tp jujur nye zara ckp, Allah itu Maha Adil, Dia bg lg rezeki yg tak terduga kan..
Sehari sebelum kerajaan umumkan PKP, zara dan husband baru je langsaikan deposit kedai..
Sedihhhh smpai skrg xdpt beroperasi lg kedai makan kami...

So, kami laki bini ni agk lost jgk sebenarnye,
Tu je sumber pendapatan kami, btol btol brgantung pd perniagaan..
Tp, selang seminngu PKP, Allah bg rezeki, katering utk Rumah McDonald di Husm, Kota Bharu, selama sebulan puasa dan smbung lg utk hari raya pertama dan kedua..
Allah, sujud syukur kami sekeluarga...pendapatan melebihi apa yg dijangka.. Alhamdulillah Ya Allah..

Ok, next post zara update apa yg kami buat sepanjang bulan puasa deh..



Monday, 19 August 2019

Testimoni pelanggan katering EmpayarMauza

Alhamdulillah, klu ikotkan byk feedback dr customer kite, plg tak pun yg komplen sbb tawar, tp tulah bila berniaga makanan ni, lidah tekak memang lain lain, ada yg ckp best,  ada yg cakap tak best.

Tp semua terpulang pada customer kan,
Kalau sedap boleh repeat order dan war warkan pada yang lain, kalau tak sedap boleh direct komolen baik baik pada tuan buat nya. Agar boleh diperbaiki lagi, bukan nye pergi mencanang sana sini sebar yang tak baik pada semua org. Kan dah nampak macam niat tak baik tuu. At least cuba lah bertolak ansur dan hargai masa, kudrat peniaga untuk siapkan tempahan korang. Tak gitu, lain lah kalau peniaga tu bg tempahan yg dah berulat dan sebagai nye.
Masing masing boleh fikir lah
😌😌😌

Ada Customer yg pernah cakap Nasi Tomato tawar tak ada rasa, zara heran sebab customer sorg lagi yang buat tempahan sama, pada hari yg sama siap bg feedback semua sedap, cukup rasa semua nye. Hehe 😆😆😆

Tak apa lah,.zara percaya kan pada rezeki Allah, kita buat yang terbaik, buat sungguh sungguh, demi rezeki yang halal dan berkat, inshaaAllah Tuhan akan gantikan yang baik baik untuk kita.
😍😍😍

😘Dah follow kite dah??
😘Jom follow kite
.
🎀 INSTAGRAM: @mauzafooddeliverykb
🎀 FACEBOOK page: @empayarmauzakateringkanopi

Alhamdulillah, dpt Katering utk majlis solat hajat di Pasir Tumboh, Kelantan

Untuk sebarang tempahan boleh terus hubungi kami ye,  Nak tanya sahaja pun boleh,  Nak survey survey sahaja pun boleh,  Nak terus booking pu...