MashaaAllah, Allahuakbar..
lately ni, zara perasan hdup zara banyak sangat masalah,
dbelenggu dengan perasaan tak tenang, sebab pkp mmg job katering makin kurang, hasil jualan pun makin lama makin sendu, saving makin lama makin menipis.
suami zara pulak, sejak pkp pun kerja mmg tak panggil.
allahu, ujian demi ujian, sedih tak tahu nak luah kat siapa.
jenis zara, zara tak suka nak luah perasaan atau masalah kat umi ayah zara, sebab taknak diorang risau sampai tak tido malam ye,.. ayah zara jenis macam tu, kalau pk kan anak anak memang sampai tak tido malam lah orang tua tu.
tp bila dipikirkan balik, ada sesuatu yang zara rase zara kena cari, makna nye.. kembali pd fitrah, iaitu mencari yang hakiki Allah.yg Maha Besar.
zara dah xnk pk kan dunia sangat. sbb zara pernah baca satu article ni yang mana die cerita, jgn terlalu duniawi sangat bila kita hidup ni, hidup ni kene seimbang, tapi bila kita lebihkan untuk akhirat, maka yg dunia pula akan mengejar kita.
faham tak apa maksud dia tu.
maknanye, kite fokus dulu untuk mencari redha Allah, bykkan amalan amalan yg disuruh, tinggalkan yang dilarang, banyakkan yang sunat, perfectkan yg wajib. inshaaAllah, yg baik baik sahaja akan mendampingi kita bila di dunia,, inshaaAllah..
apa yg zara nak highlight kat sini, keajaiban bila kita amalkan solat sunat tahajud.. korang mesti pernah dengar kan, antara solat sunat yg paling power dan yg paling disuruh oleh nabi kita Nabi Muhammad SAW.
sbb Firman Allah berkata;
Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (QS Al Isra' 79)
zara sendiri dah merasa keajaiban nye bila dah amalkan solat sunat tahajud ni. jom sama sama kita tambah lagi 1 solat wajib kita iaitu solat tahajud selepas solat 5 waktu. setiap sepertiga malam, kita bangun dari tidur, jom kita menunaikan solat tahajud, mintalah apa shaja yang terbuku dalam hati, seikhlasnya.. inshaaAllah, Allah akan makbulkan.
ok meh,
zara ringkaskan apa lagi kelebihan solat tahajud ni
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.





