Saturday, 13 April 2019

Nasi Kerabu Dulu vs Sekarang


NASI KERABU JD ( JIMS DELIGHT)

Sebelum pindah balik kelantan,
kitorang Mauza Katering Kanopi ni pernah bukak kedai, restoran di shah alam, mcm yg penah aku citekan dlm entry aku sebelum ni,

Mmg duk jual nasi kerabu ayam bakar, daging bakar, dan kambing bakar.
suka niaga sana dulu,
suka sangat,
sale alhamdulillah sgt,
start berniaga beroperasi pkul8 sampai pukul4, paling banyak pernah kitorang dapat almost Rm1,000 per day.

Tp mungkin sbb xde rezeki, kitorang terpaksa tutup,
faktor plg besar, mungkin sbb kadar sewa yg makin meningkat, and ada lah juga masalah drp owner.
hehehe
biasa lah, tu lah risiko dalam perniagaan kan, kene berani take risks

ok,
ni serba sikit gambar2 kitorang time berniaga dulu,

now,
kitorang masih menerima tempahan untuk menu nasi kerabu ni, lauk ayam bakar, daging bakar dan kambing bakar.


kalau berminat boleh direct whatsapp zara deh

  1. 017-9677684
  2. 017-6382832
kami prefer whatsapp ye, sbb senang sgt nak berurusan, senang nak refer balik conversation, n senang zara nak record order korang, terima kasih... 














Friday, 12 April 2019

Resepi Sambal Kelapa Untuk Set Nasi Kerabu yang simple tp paling sedap


RESEPI SAMBAL KELAPA UNTUK SET NASI KERABU YG PALING SIMPLE DAN PALING MENJADI,

Tengok tajuk je pun dah buat orang lapar kan,
tapi kalau korang  nak tahu resepi ni lah jugak yg zara buat utk niaga dan untuk katering,so kalau korang nak try try berniaga boleh lah cuba resepi zara nii, then thanks to me later,
hehehehe

ok jom terjah resepi,

Bahan-bahan:

  1. kelapa parut, * kalau boleh mintak yg bersih2, ckp je kat tukang kedai tu cakap nak kelapa parut untuk sambal kelapa nasi kerabu, so tahu la org kedai tu, biasa nye lah.
  2. bawang merah
  3. bawang putih
  4. halia
  5. serai
  6. isi ikan 

Cara-cara:

  1. part ni yang makan masa sikit tau, goreng kelapa parut sampai garing kekuningan, sampai naik bau wangi nye, kene sentiasa kacau tau, jangan kau letak dalam kuali lepas tu tinggal, nnt hitam hangit maka tak jd lah sambal kelapa tu nnt.
  2. sementara kacau2 kelapa tu, kene multi task lah sikit, buat 2 kerja dalam 1 masa, zara biasa buat kerja laju laju sebab nak kejar masa time delivery makanan so sbb tu selalu nye, zara akan masak 3 4 jenis lauk hidangan terus ats dapur, tp of kos la kene ada pembantu, masak la kau nk buat semua benda sorang-sorang, eh maaf maaf jauh dah lari tajuk nye nii
  3. blend halus  bawang merah, bawang putih, halia

    dan serai 
  4. ok, bila dah kelapa parut  goreng tadi dah kuning boleh terus masukkan bahan-bahan yang dah diblend td, kacau kacau sampai dia rata.
  5. kacau lah sehingga dia agak kering dan periskan lah dengan garam gula, atau secukup rasa, terpulanglah pd korang ye.
  6. bila dah rasa sedap, korang campurkan isi ikan, gaul gaul sampai rata then siap lah ia.

ok bab isi ikan, ada orang buat guna ikan yg direbus, dan kopekkan isi ikan halus halus terus campurkan dalam kelapa goreng tu,

resepi zara pulak, zara guna fish floss, kat kelantan banyak sangat jual kat pasar2, so senang sgt, n utk pengetahuan korang, ni pendapat zara lah ye, jgn terus nak kecam pulak,

guns fish floss lg best lg jauh sedap nye, sbb isi isi fish floss tu btol-btol salut dgn kelapa yg dah digoreng tu, mmg terasa isi ikan nye,

kalau korg tak prcaya, boleh try cuba kat rumah,
Selamat Mencuba.




Tuesday, 9 April 2019

rojak mee kelantan paling simple untuk niaga

event katering 04.04.2019

menu: rojak mee kelantan
tempat : hotel perdana
quantity : 160 paxs

untuk tempahan boleh hubungi 017-6382832 / 017-9677684

resepi mee rojak dari EM Katering Kanopi

Bahan-bahan untuk kuah:

  • ubi keledek oren
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili kering
  • udang kering
  • air asam jawa
  • gula melaka
Cara masak kuah nye:

  1. bersihkan ubi keledek dan kikiskan kulit sampai bersih
  2. rebus sampai empuk
  3. kisar sehingga halus
  4. terus masukkan dalam periuk, dan tambahkan air sedikit sebab kuah rojak tak perlu pekat dan tak terlalu cair
  5. masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar halus dan gula melaka
  6. masukkan cili kering yg telah dikisar halus
  7. kacau kacau dan biarkan ia mereneh seketika
  8. kemudian, masukkan asam jawa dan udang kering yg ditumbuk kasar
  9. seimbangkan rasa dengan garam
  10. kacau dan tunggu sampai masak

Bahan-bahan untuk lauk nye pulak:
  • mee kuning
  • tauhu
  • ayam goreng
  • cucur udang atau cucur ikan bilis
  • taugeh
  • timun
  • kacang tanah ( dikisar kasar)
  • salad
  • keropok ikan 
  • telur rebus


Alhamdulillah, dpt Katering utk majlis solat hajat di Pasir Tumboh, Kelantan

Untuk sebarang tempahan boleh terus hubungi kami ye,  Nak tanya sahaja pun boleh,  Nak survey survey sahaja pun boleh,  Nak terus booking pu...