Sunday, 17 March 2019

Kawan Terbaik Dari Allah

Assalamualaikum,

Semalam dah post pasal resepi, hari ni nak selit kisah peribadi lah sikit.
Nak cerita panjang biar kene dengan tajuk tu je,hehe

Perkenalkan dulu lah serba sedikit pasal diri ni,
Berumur 28 tahun,
Bekerja sendiri,
Mengusahakan perniagaan katering dan kanopi.
Seorang isteri dan seorang ibu pada seorang hero.

Anak sulong, daripada 2 orang adik beradik.
Both parents, dua2 berkarier dan bekerjaya.
Umi seorang cikgu, veteran dah tp belum pencen, hehe
Ayah pulak seorang kontraktor dalam Oil and gas industry.

Boleh bayang kan tak, betapa sunyi nye rumah waktu pagi tu, si adik tgh buat master, tak habis2 lgi belajar drp asasi lagi, umur dah 25, pakwe pun xde, sibuk sangat dengan buku die, sayang sangat dengan lab test die tu,hehehe, memang jauh sangat beza perangai aku dgn adik.
aku belajar sampai degree je, dah malas dah nak sambung, sibuk nak cari duit dah.


dah faham kan, flow atau jadual keluarga aku yg semua sibuk dgn hal masing-masing,
sebabkan tu jugak la, aku jadi seorang yang berdikari dari kecik lg.

aku habis spm dah sibuk nak cari kerja dah, pernah kerja jadi waiter di Hotel GrandRiverview, Hotel Guest House,smpai sambung diploma, sibuk jugak nak cari duit, g menjaja bilik ke bilik jual makanan goreng-goreng, time kawad kaki, orang lain sibuk duk hafal step step kawad, aku sibuk g promote perfume, time tu tengah viral bisnes One drop Perfume, pernah dgr tak? hehehe, sampai org kenal aku sebagai peniaga, budak-budak siap cari aku kat bilik lagi nak beli perfume lah, nak beli makanan lah, orang lain sibuk tgh buat assignment, aku sibuk duk layan  customer dtg bilik nak shopping. hahahaha,
sampai masuk degree plak pun sama, aku sambung jual tudung pulak. bila dah rase macam dah dewasa sikit, belajar2 nak bukak booth and join event2 usahawan nii.. time aku belajar degree, aku belajar kat kl, so memang aktif giler la join event..

tau tak sape partner aku time aku tengah sibuk nak niaga, partner aku is husband aku sekarang lah.
Tuhan jumpa kan aku dgn si dia, yg memang sama-sama minat berniaga.
baru lah kene dgn tajuk, Kawan Terbaik Dari Allah.
sbb apa aku cakap macam tu, die dari dulu smpai lah sekarang selalu bagi aku support yang tak pernah berbelah bahagi.
walau susah macam mana sekalipun, die tetap ada di sisi aku.

Boleh rasa tak macam mana aku menghargai dan bersyukur sangat dengan pemberian Tuhan ni, sebab, dalam aku lalui fasa-fasa kehidupan dari dulu smpai sekarang, aku selalu bergerak sendiri.
Sokongan daripada keluarga tu bukan tak ada langsung, ada tapi hanya sokongan mental je lah.
yang banyak tolong aku, and yang banyak turun padang untuk jayakan sesuatu tu adalah Si Dia ni..

Struggle die tu utk ke tahap berjaya tu memang perit sangat.
Plus, sekarang pun masih lagi berusaha untuk stabil kan bisnes yang ada ni.
pernah dgr tak, dalam kehidupan rumah tangga ni, pasangan suami isteri akan diuji dengan kesusahan dalam permulaan fasa pertama.
kitorang baru kahwin 3 tahun, so memang banyak lah ujian-ujian dia tuu..
Dari segi kewangan, dari segi hubungan dengan mertua lah, and macam-macam lagi lah.

Si Dia ni jugak lah yang selalu dengan aku naik dan turun, bila aku tengah down, die yang tolong naikkan semangat aku. kalau die pulak yang tengah down, aku lah yang naikkan semangat die.
Bayangkan jugak bila ada masalah daripada family sendiri sebab nak tuntut hak daripada hasil perniagaan, bergaduh, bermasam muka, haa SI Dia lah jugak yang tolong cool down aku.

Tuhan macam tahu-tau je, dia bg seorang kawan dan seorang suami untuk temankan  aku ketika susah dan senang.
Aku harap sangat hubungan ni kekal hingga Jannah dan terus berjaya sebagai usahawan yang boleh bagi manfaat pada orang ramai nanti. Aminnn...

COP......
                                            ni bisnes yang sekarang Katering dan Kanopi

    start gambar sini time kitorang belum kahwin lagi, antara gambar-gambar kenangan time kitorang                                                       niaga dengan join event2 kat kl dulu.


   sampai tertido aku dalam kereta , penat tak payah cakap la dengan tak cukup tido nye. boleh pulak                                                  Si Dia selfie dengan muka aku macam tuuu








jomla support bisnes lokal
visit igshop kite: @mauzafooddeliverykb
visit facebook kite: @empayarmauzakateringkanopi

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah, dpt Katering utk majlis solat hajat di Pasir Tumboh, Kelantan

Untuk sebarang tempahan boleh terus hubungi kami ye,  Nak tanya sahaja pun boleh,  Nak survey survey sahaja pun boleh,  Nak terus booking pu...