Friday, 15 March 2019

resepi udang galah buttermilk paling best

ampunn sangat,
dah lama sangat biarkan sendu je blog nii,

Tergerak hati nak start balik sebab kan salah satu strategi marketing untuk Mauza Katering Kanopi ni,
doakan agar CikFz sentiasa konsisten dan istiqamah untuk update blog selalu ye,
boleh lah sama-sama kite manfaat kan kebaikan bersama



ok, sebagai permulaan
CikFz nak share resepi Udang Galah Buttermilk
masakan ni dibuat untuk customer tersayang CikFz minggu lepas,
cantik tuannya, suka je tengok, ayu gtu,

ok, jom kita start dengan bahan-bahan nye,


UDANG GALAH BUTTERMILK BY CIKFZ

Bahan-Bahan:

  • udang galah
  • butter
  • bawang putih
  • cili padi
  • daun kari
  • susu pekat
  • susu cair
  • seasoning ( gula/garam/secukup rasa)

Cara-cara nya :
  • panaskan kuali, dan cairkan butter
  • tumis kan bawang putih, cili padi dan daun kari yg dicincang halus
  • agak dah bau wangi daripada bawang putih tu, masukkan susu pekat
  • kacau-kacau sehingga sebati
  • dah mendidih masukkan pula susu cair
  • dan gaul sehingga sebati 
  • lepas dah gaul-gaul tu boleh lah korang perasakan biar kene dengan selera korang, masukkan garam sikit, gula sikit, dan secukup rasa sikit.
  • kalau nampak pekat, boleh tambahkan air
  • tunggu mendidih, bolehlah masukkan udang galah yang dah dibersihkan tu ye
  • dah masukkan udang, jangan biar lama sangat dalam kuali ye, sebab udang ni kejap je masak nye, dah nampak udang semua dah masak tu, boleh lah tutup kan api.
  • then, ready to serve.
  • makan dengan nasi panas-panas, konfem korang akan menambah nasi tau hehe

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah, dpt Katering utk majlis solat hajat di Pasir Tumboh, Kelantan

Untuk sebarang tempahan boleh terus hubungi kami ye,  Nak tanya sahaja pun boleh,  Nak survey survey sahaja pun boleh,  Nak terus booking pu...